Thursday, April 23, 2009

Aktiviti Pendidikan Seni Visual Dalam Kelas




Kelihatan para pelajar tingkatan 3T membuat arca mobail dalam kumpulan. Hasil kerja pelajar-pelajar ini akan dipamerkan di dalam kelas.


Wednesday, February 4, 2009

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual Kertas 3 (2611/3)

Para pelajar boleh mendapatkan soalan kerja kursus Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia di sini. Klik alamat ini; http://www.moe.gov.my/lpm/files/kerjakursus/2009PendidikanSeniVisual-2611.3.pdf

Saturday, September 13, 2008

Sunset


MANIK



Sejarah

Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di Sarawak. Sejak zaman berzaman kemahiran menggubah manik telah menjadi satu seni tradisi di kalangan masyarakat etnik sabah dan Sarawak. Antara jenis manik yang dibuat ialah daripada jenis kaca, permata dan batu akik.

Manik yang dibuat oleh Orang Ulu

Manik sebenarnya adalah lebih tua usianya daripada zaman tamadun manusia dan manik-manik yang paling awal dahulu telah diperbuat dariapada kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali. Menurut kajian, manik yang ada di Sarawak dibawa masuk dari Mesir, Greece, India dan China semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Sir Roland Bradell (1947) dalam kertas kerjanya tentang sejarah Malaysia mendapati bahawa ada manik yang ditemui di Sarawak tersebut dibawa masuk oleh pedagang Sabean pada zaman pra-Kristian. Pada tahun 1930, H.C. Beck mendapati bahawa rantai leher manik dan karangan manik enam sejajar yang ditemui di Sarawak adalah sama dengan rantai leher dan karangan manik yang ditemui di Greece dan Rom. Manik tersebut banyak digunakan oleh kaum Kelabit dan Bidayuh di Sarawak. Kajian sejarah juga menunjukkan bahawa manik-manik tersebut dibuat sendiri oleh pribumi Sarawak daripada bahan-bahan mentah yang diimport dari negara-negara di Timur Tengah pada abad ke dua belas masehi yang terdiri daripada kaca lebur.

Gunung Kinabalu


Thursday, April 10, 2008

PENILAIAN KERJA KURSUS KRSV 2008


ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

ELEMEN

Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual Pendidikan Seni Visual (2611/3) mengandungi 2 elemen iaitu folio kajian dan artifak. Hasil kerja akhir dalam kerja kursus KRSV ini meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Penilaian terhadap kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada proses penghasilan sesuatu artifak dalam satu folio kajian. Lakaran-lakaran dan perkembangan idea yang diolah untuk mewujudkan satu produk seperti dalam tugasan calon. Portfolio kajian dan artifak tidak boleh dinilai secara berasingan. Artifak sebagai produk akhir hendaklah disokong penuh dengan folio kajian yang dihasilkan oleh calon.

Portfolio kajian calon hendaklah mengandungi:

i. maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang dipilih sebagai panduan dan sumber idea
ii. lakaran-lakaran dari sumber idea ke arah penghasilan produk
iii. catatan dan penerangan ringkas berhubung kajian dan lakaran yang dihasilkan
iv. kajian-kajian yang berkaitan dengan keperluan sesuatu ciptaan
v. olahan-olahan idea kreatif kepada penghasilan idea akhir sebelum artifak dihasilkan
vi. maklumat berkaitan proses dan teknik penghasilan serta bahan dan media yang digunakan

Penghasilan artifak pula hendaklah dilaksanakan berdasarkan:

i. tajuk dalam tugasan
ii. spesifikasi yang ditetapkan dalam setiap tugasan
iii. kajian dan cadangan hasil kerja seperti dalam folio kajian
iv. proses dan teknik seperti yang dinyatakan dalam folio kajian
v. bahan dan media yang ditetapkan dalam folio kajian
vi. kemasan dan persembahanvii.penghasilan secara manual

ASPEK

1 Pengetahuan dan Kefahaman
2 Imaginatif
3 Idea
4 Alat dan Bahan
5 Proses dan Teknik
6 Produk
7 Nilai

Guru-guru PSV


En. Robert dari SMK Pulau Gaya, En. Pontius dari Seri Insan, En. Narsisius dari SM. Stella Maris dan En. Surin Salag dari SM. Shan To.