Saturday, September 13, 2008

MANIK



Sejarah

Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di Sarawak. Sejak zaman berzaman kemahiran menggubah manik telah menjadi satu seni tradisi di kalangan masyarakat etnik sabah dan Sarawak. Antara jenis manik yang dibuat ialah daripada jenis kaca, permata dan batu akik.

Manik yang dibuat oleh Orang Ulu

Manik sebenarnya adalah lebih tua usianya daripada zaman tamadun manusia dan manik-manik yang paling awal dahulu telah diperbuat dariapada kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali. Menurut kajian, manik yang ada di Sarawak dibawa masuk dari Mesir, Greece, India dan China semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Sir Roland Bradell (1947) dalam kertas kerjanya tentang sejarah Malaysia mendapati bahawa ada manik yang ditemui di Sarawak tersebut dibawa masuk oleh pedagang Sabean pada zaman pra-Kristian. Pada tahun 1930, H.C. Beck mendapati bahawa rantai leher manik dan karangan manik enam sejajar yang ditemui di Sarawak adalah sama dengan rantai leher dan karangan manik yang ditemui di Greece dan Rom. Manik tersebut banyak digunakan oleh kaum Kelabit dan Bidayuh di Sarawak. Kajian sejarah juga menunjukkan bahawa manik-manik tersebut dibuat sendiri oleh pribumi Sarawak daripada bahan-bahan mentah yang diimport dari negara-negara di Timur Tengah pada abad ke dua belas masehi yang terdiri daripada kaca lebur.

No comments: