Thursday, April 10, 2008

PENILAIAN KERJA KURSUS KRSV 2008


ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

ELEMEN

Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual Pendidikan Seni Visual (2611/3) mengandungi 2 elemen iaitu folio kajian dan artifak. Hasil kerja akhir dalam kerja kursus KRSV ini meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Penilaian terhadap kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada proses penghasilan sesuatu artifak dalam satu folio kajian. Lakaran-lakaran dan perkembangan idea yang diolah untuk mewujudkan satu produk seperti dalam tugasan calon. Portfolio kajian dan artifak tidak boleh dinilai secara berasingan. Artifak sebagai produk akhir hendaklah disokong penuh dengan folio kajian yang dihasilkan oleh calon.

Portfolio kajian calon hendaklah mengandungi:

i. maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang dipilih sebagai panduan dan sumber idea
ii. lakaran-lakaran dari sumber idea ke arah penghasilan produk
iii. catatan dan penerangan ringkas berhubung kajian dan lakaran yang dihasilkan
iv. kajian-kajian yang berkaitan dengan keperluan sesuatu ciptaan
v. olahan-olahan idea kreatif kepada penghasilan idea akhir sebelum artifak dihasilkan
vi. maklumat berkaitan proses dan teknik penghasilan serta bahan dan media yang digunakan

Penghasilan artifak pula hendaklah dilaksanakan berdasarkan:

i. tajuk dalam tugasan
ii. spesifikasi yang ditetapkan dalam setiap tugasan
iii. kajian dan cadangan hasil kerja seperti dalam folio kajian
iv. proses dan teknik seperti yang dinyatakan dalam folio kajian
v. bahan dan media yang ditetapkan dalam folio kajian
vi. kemasan dan persembahanvii.penghasilan secara manual

ASPEK

1 Pengetahuan dan Kefahaman
2 Imaginatif
3 Idea
4 Alat dan Bahan
5 Proses dan Teknik
6 Produk
7 Nilai

No comments: