Saturday, September 13, 2008

Sunset


MANIK



Sejarah

Gubahan manik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di Sarawak. Sejak zaman berzaman kemahiran menggubah manik telah menjadi satu seni tradisi di kalangan masyarakat etnik sabah dan Sarawak. Antara jenis manik yang dibuat ialah daripada jenis kaca, permata dan batu akik.

Manik yang dibuat oleh Orang Ulu

Manik sebenarnya adalah lebih tua usianya daripada zaman tamadun manusia dan manik-manik yang paling awal dahulu telah diperbuat dariapada kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali. Menurut kajian, manik yang ada di Sarawak dibawa masuk dari Mesir, Greece, India dan China semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Sir Roland Bradell (1947) dalam kertas kerjanya tentang sejarah Malaysia mendapati bahawa ada manik yang ditemui di Sarawak tersebut dibawa masuk oleh pedagang Sabean pada zaman pra-Kristian. Pada tahun 1930, H.C. Beck mendapati bahawa rantai leher manik dan karangan manik enam sejajar yang ditemui di Sarawak adalah sama dengan rantai leher dan karangan manik yang ditemui di Greece dan Rom. Manik tersebut banyak digunakan oleh kaum Kelabit dan Bidayuh di Sarawak. Kajian sejarah juga menunjukkan bahawa manik-manik tersebut dibuat sendiri oleh pribumi Sarawak daripada bahan-bahan mentah yang diimport dari negara-negara di Timur Tengah pada abad ke dua belas masehi yang terdiri daripada kaca lebur.

Gunung Kinabalu


Thursday, April 10, 2008

PENILAIAN KERJA KURSUS KRSV 2008


ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

ELEMEN

Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual Pendidikan Seni Visual (2611/3) mengandungi 2 elemen iaitu folio kajian dan artifak. Hasil kerja akhir dalam kerja kursus KRSV ini meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Penilaian terhadap kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada proses penghasilan sesuatu artifak dalam satu folio kajian. Lakaran-lakaran dan perkembangan idea yang diolah untuk mewujudkan satu produk seperti dalam tugasan calon. Portfolio kajian dan artifak tidak boleh dinilai secara berasingan. Artifak sebagai produk akhir hendaklah disokong penuh dengan folio kajian yang dihasilkan oleh calon.

Portfolio kajian calon hendaklah mengandungi:

i. maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang dipilih sebagai panduan dan sumber idea
ii. lakaran-lakaran dari sumber idea ke arah penghasilan produk
iii. catatan dan penerangan ringkas berhubung kajian dan lakaran yang dihasilkan
iv. kajian-kajian yang berkaitan dengan keperluan sesuatu ciptaan
v. olahan-olahan idea kreatif kepada penghasilan idea akhir sebelum artifak dihasilkan
vi. maklumat berkaitan proses dan teknik penghasilan serta bahan dan media yang digunakan

Penghasilan artifak pula hendaklah dilaksanakan berdasarkan:

i. tajuk dalam tugasan
ii. spesifikasi yang ditetapkan dalam setiap tugasan
iii. kajian dan cadangan hasil kerja seperti dalam folio kajian
iv. proses dan teknik seperti yang dinyatakan dalam folio kajian
v. bahan dan media yang ditetapkan dalam folio kajian
vi. kemasan dan persembahanvii.penghasilan secara manual

ASPEK

1 Pengetahuan dan Kefahaman
2 Imaginatif
3 Idea
4 Alat dan Bahan
5 Proses dan Teknik
6 Produk
7 Nilai

Guru-guru PSV


En. Robert dari SMK Pulau Gaya, En. Pontius dari Seri Insan, En. Narsisius dari SM. Stella Maris dan En. Surin Salag dari SM. Shan To.

Peserta kursus memberi perhatian kepada penceramah


CERAMAH PARA PENTAKSIR







GURU-GURU YANG MENGHADIRI KURSUS KRSV 2008 PERINGKAT GABUNGAN KK.







Wednesday, March 19, 2008

Majlis Penutupan dan Pemberian Watikah Kepada Para Pentaksir


Ketua Pentaksir Negeri


Ketua-ketua pentaksir negeri yang sangat kommited dan 'very supportive'
En. Kifli, En. Abdul. En Yakub dan En. Azazi

Para peserta memberi tumpuan semasa pembentangan dijalankan

Masa Pembentangan hasil kerja kumpulan


En. George sedang membentang hasil kerja kumpulan 1 tajuk: Hiasan Ruang Dapur.

Suasana masa kursus







Bengkel hari ke tiga


Para peserta kursus memasukkan data hasil kerja kumpulan masing-masing untuk dikumpulkan dalam satu folder.
"Adi...banyak betul virus pendrive kamu orang ni.."

Tuesday, March 18, 2008

Peserta Bengkel Kursus PSV




Para peserta kursus tekun membuat folio mengikut kumpulan...

KUMPULAN 2




Cikgu Jamil dari Sandakan sedang memerhatikan cikgu Julian membuat olahan daripada sumber idea tema 'Pertarungan'

BERKONGSI IDEA DAN PENGALAMAN

"Ha...kalau di sekolah guru arah pelajar buat kerja..tingu ni dalam kursus pentaksiar PSV, guru-gurunya menunjukkan teladan yang baik bekerjasama dalam kumpulan menyiapkan folio PSV SPM 2008.

BENGKEL SETIAP KUMPULAN

KELIHATAN EN. AZAZI KETUA PENTAKSIR PSV WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DIJEMPUT KHAS BERSAMA-SAMA BERKONGSI IDEA DAN PENGALAMAN DENGAN PARA PENTAKSIR DI NEGERI SABAH.

BENGKEL KURSUS PENTAKSIR PENDIDIKAN SENI VISUAL 17 - 19 MAC 2008 DI TANG DINASTY KOTA KINABALU


KETUA PENTAKSIR NEGERI EN. ADBUL WAJIL DAN EN. KIPLI GITAM MERUPAKAN FASILITATOR DALAM BENGKEL KURSUS PENTAKSIR PSV 2008.

Thursday, February 28, 2008

Pelajar 5L SMSM 2008


Lukisan ni cantik juga....ada harapan ni skor A1..

Kelas Pendidikan Seni Visual


Waw...cantiknya lukisan...Mesti boleh dapat A1 ni dalam peperiksaan SPM..hehehe..
Salah seorang pelajar Tingkatan 5L menunjukkan hasil kerja dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kursus Dalaman Panitia Pendidikan Seni Visual SM. Stella Maris.


Kursus dalaman Panitia Pendidikan Seni Visual SM. Stella Maris diadakan pada 28 Feb.2008 dari jam 8.00 hingga 400 petang. Semua guru Pendidikan Seni Visual hadir dalam kursus ini yang diketuai oleh Cikgu Narsisius ketua Panitia PSV mengajar Tingkatan Lima, Cikgu Abdul Wajil Ketua Pentaksir Negeri, mengajar Tingkatan 4 & 5, Pn. Maizurah
Ketua Bidang Kemanusiaan guru Tingkatan Tiga dan Cikgu Idris Simon Guru Tingkatan 1 & 2.
Antara perkara yang dikongsi dalam kursus dalaman ini ialah;
1.Pentaksiran Kertas III Pendidikan Seni Visual - dikendalikan oleh Cikgu Abdul Wajil
- cara perlaksanaan dan pengendalian
- prosedur pemberian markah kepada pelajar
- peranan guru pembimbing
2. Perbincangan soalan peperiksaan kertas III Pendidikan Seni Visual
3. Kemaskini Fail Pentaksiran Pendidikan Seni Visual termasuk borang-borang yang diperlukan
4. Penyediaan JSU soalan peperiksaan
5. Pembinaan Website Pendidikan Seni Visual SM.Stella Maris.

aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kelas


Cikgu Abdul Wajil sedang memberi bimbingan kepada pelajar Tingkatan Tiga dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual...
En. Abdul Wajil ialah ketua Pentaksir Negeri Pendidikan Seni Visual.

Tuesday, February 26, 2008

GURU-GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL


En. Idris Simon - Guru Pendidikan Seni Visual Tingkatan Satu dan Dua.
Asal : Daerah Beaufort.
Pengalaman Mengajar : Berkhidmat di Sekolah Menengah Stella Maris sejak 1993.
Opsyen : Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu (PMPS).

ARTIFAK FOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL











ANTARA CONTOH ARTIFAK YANG DIPAMERKAN (KERTAS III PENDIDIKAN SENI VISUAL)

PENDIDIKAN SENI VISUAL SM. STELLA MARIS, TG. ARU, KOTA KINABALU


KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SM. STELLA MARIS
NAMA : EN. NARSISIUS JUSTIN MISIN
ASAL: KUALA PENYU
TEMPOH BERKHIDMAT: 18 TAHUN
OPSYEN: PENGAJIAN PENDIDIKAN SENI DAN PENGAJIAN MELAYU
MAKTIB PERGURUAN GAYA KOTA KINABALU
AKADEMIK: BACELOR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MATA PELAJARAN DIAJAR: PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN LIMA DAN BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA DAN EMPAT
KEGEMARAN : MENYANYI DAN MENCIPTA LAGU.