Thursday, February 28, 2008

Pelajar 5L SMSM 2008


Lukisan ni cantik juga....ada harapan ni skor A1..

Kelas Pendidikan Seni Visual


Waw...cantiknya lukisan...Mesti boleh dapat A1 ni dalam peperiksaan SPM..hehehe..
Salah seorang pelajar Tingkatan 5L menunjukkan hasil kerja dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kursus Dalaman Panitia Pendidikan Seni Visual SM. Stella Maris.


Kursus dalaman Panitia Pendidikan Seni Visual SM. Stella Maris diadakan pada 28 Feb.2008 dari jam 8.00 hingga 400 petang. Semua guru Pendidikan Seni Visual hadir dalam kursus ini yang diketuai oleh Cikgu Narsisius ketua Panitia PSV mengajar Tingkatan Lima, Cikgu Abdul Wajil Ketua Pentaksir Negeri, mengajar Tingkatan 4 & 5, Pn. Maizurah
Ketua Bidang Kemanusiaan guru Tingkatan Tiga dan Cikgu Idris Simon Guru Tingkatan 1 & 2.
Antara perkara yang dikongsi dalam kursus dalaman ini ialah;
1.Pentaksiran Kertas III Pendidikan Seni Visual - dikendalikan oleh Cikgu Abdul Wajil
- cara perlaksanaan dan pengendalian
- prosedur pemberian markah kepada pelajar
- peranan guru pembimbing
2. Perbincangan soalan peperiksaan kertas III Pendidikan Seni Visual
3. Kemaskini Fail Pentaksiran Pendidikan Seni Visual termasuk borang-borang yang diperlukan
4. Penyediaan JSU soalan peperiksaan
5. Pembinaan Website Pendidikan Seni Visual SM.Stella Maris.

aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kelas


Cikgu Abdul Wajil sedang memberi bimbingan kepada pelajar Tingkatan Tiga dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual...
En. Abdul Wajil ialah ketua Pentaksir Negeri Pendidikan Seni Visual.

Tuesday, February 26, 2008

GURU-GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL


En. Idris Simon - Guru Pendidikan Seni Visual Tingkatan Satu dan Dua.
Asal : Daerah Beaufort.
Pengalaman Mengajar : Berkhidmat di Sekolah Menengah Stella Maris sejak 1993.
Opsyen : Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu (PMPS).

ARTIFAK FOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL











ANTARA CONTOH ARTIFAK YANG DIPAMERKAN (KERTAS III PENDIDIKAN SENI VISUAL)

PENDIDIKAN SENI VISUAL SM. STELLA MARIS, TG. ARU, KOTA KINABALU


KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SM. STELLA MARIS
NAMA : EN. NARSISIUS JUSTIN MISIN
ASAL: KUALA PENYU
TEMPOH BERKHIDMAT: 18 TAHUN
OPSYEN: PENGAJIAN PENDIDIKAN SENI DAN PENGAJIAN MELAYU
MAKTIB PERGURUAN GAYA KOTA KINABALU
AKADEMIK: BACELOR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MATA PELAJARAN DIAJAR: PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN LIMA DAN BAHASA MALAYSIA TINGKATAN TIGA DAN EMPAT
KEGEMARAN : MENYANYI DAN MENCIPTA LAGU.